Selasa, 15 Oktober 2019

Kolam Air Panas Bemban, Jasin


ok, hari ni hakak nak cerita kolam-kolam air panas yang terdapat di APJ Inflatable Waterpark ni...

ok..kat sini ada banyak juga kolam-kolam air panas ya. banyak jenis n berbagai suhu. air panas kolam kat sini semuanya adalah asli, bukan air yang dipanaskan tau.. sumber kami adalah daripda perigi. jadi suhunya akan berubah mengikut keadaan dan cuaca..

untuk kolam air panas ni, harga tiket adalah harga tiket biasa. dah beroperasi setiap hari. kalau ambik tiket biasa ni, tak boleh masuk ke kolam kombo tau, kolam permainan waterpark...harga tiket seperti dibawah ni...


ok, jom kita tgk kolam apa yang ada kat sini...

  1. KOLAM ROTEN BURO



KOLAM ROTEN BURO

 ok, ni adalah kolam Roten Buro.. kolam terbuka. kolam ni mmg cetak dan amat sesuai buat anak-anak berendam... selamat... untuk kolam ni, suhu dia tak panas sgt..suam-suam gitu. jadi anak-anak tak der masalah mandi sini...


2. KOLAM WATER SLIDE
KOLAM WATER SLIDE




kolam ni dalam juga ya uoalss.. jadi tuk anak-anak sila awasi juga tau.. kolam ni merupakan air mineral dimana air panas semulajadi sejukkan di dalam kolam ni. kaler air mmg tidak jernih kerana warna lantai kolam dan air panas semulajadi kalernya mmg tidak jernih. klu korang nak tau, kdg customer ada komplaint kolam nie berbau. sebenarnya bau tue adalah bau air tersebut, bau belerang n sulfer. bau mineral. dan nama air panas semulajadi kannn..

3) KOLAM AWASE 8




tuk kolam nie plak, setiap kolam suhunya berbeza-beza. di ingatkan klu nak ke kolam sebelah menyebelah, jgn terus melompat ya.. bahaya dik nok, boleh tergelicir.  kolam ni klu korang rendam kaki, duk santai-santai mmg best. boleh rendam pinggang korang yang sakit tue..

4)KOLAM OFURO

tuk kolam ofuro ni ada 2 tempat tau. kolam ni la yang best sebab, kolam ni ada satu tempat kahs tuk wanita sahaja. dimana kita letak khas bilik wanita untuk rendam badan semua. Lelaki tidk dibenarkan masuk mandi ke bilik ni yaaaaaaaa

KOLAM OFURO WANITA

kolam ofuro terbuka
ni nie plak terbuka., laki pompan kanak-kanak semua leh masuk berendam dalam ni. psstt..yang ni pun air panas semulajadi tau. suhu kepanasan suam-suam gitu.. pun mengikut cuaca.


5) KOLAM AISHI YU 3




Kolam ni suhunya agak panas. sini mmg best korang duk lepak santai sambil membawang..huhuhuuhu


6) KOLAM KABURI

haaaa..kolam nie terdapat 3 jenis versi. mmg panas. dan kepanasan dia pun berbeza tuk setiap kolam. kolam ni mmg sangat bagus tuk pulihkan tenaga korang. ramai masyarakat cina datang sini pepagi tuk pulihkan tenaga badan. 

kolam ni korang jangan terus msuk rendam badan.. mau pitam nnt.. memula rendam kaki dulu.. pastu paras lutut plak. bila dah ok, baru masuk setengah badan. mmg confrim pinggang lega la...



kolam ni plak mmg panas.. terrer ko dik masuk dlm kolam ni, hakak pun tak tahan..hahahhahha

tuk kolam ni, cara mandian adalah mengunakan gayung.. jangan terjun masuk dalam ni plak.. ha.. sape hebat siram dr atas kepala koang. 7 gayung.. tgk sape yang power

-------------------------------------------------------

wokey, tuk semua kenyataan di atas adalah untuk kolam air panas ya. tiket masuk adalah harga tiket biasa. beroperasi pada setiap hari. tuk kolam ni, kita mmg sentiasa buat kebersihan. setiap hari isnin, pembersihan secara besaran dibuat, cuci kolam semua. tue sebab hari isnin kita mula beroperasi pada jam 3 petang hingga 12 malam.


MASA OPERASI
Isinin ( 3 petang hingga 12 malam)
Selasa - Khamis ( 9 pagi hingga 12 malam)
Jumaat dan sabtu ( 9 pagi hingga 2 pagi)
Ahad (9 pagi hingga 12 malam)


2 ulasan:

  1. Tempat riadah yg bajet,harge tiket mampu milik kawasan yg bersih..terbaikk

    BalasPadam
  2. Tempat riadah yg bajet,harge tiket mampu milik kawasan yg bersih..terbaikk

    BalasPadam